SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JERTEH

Wednesday 19 September 2012

KURSUS PERTENGAHAN PENGURUSAN PSS GPM NEGERI TERENGGANU KOHORT 1/2012

TARIKH : 17 - 20 SEPTEMBER 2012

TEMPAT : BTPN TERENGGANU

Lagu kanak kanak : lagu tiga kupang

Salam...hari ini kita nyanyi sama-sama...Tontonlah video di bawah ini.







RENUNGAN HARI INI

Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.
Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.
Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.sumber di sini

Tuesday 11 September 2012

Selamat Datang

BLOG INI DALAM PROSES PEMBINAAN

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu murid - murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar mereka tidak hanya bergantung kepada buku-buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Seberang Jerteh dan perkongsian ilmu.  Semoga Pusat Sumber SK Seberang Jerteh terus melakar kegemilangannya. 
 Sekian, wassalam . 


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012