SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JERTEH

PERATURAN


5.1 PERATURAN AM
Ia merupakan rancangan pengoperasian Pusat Sumber dan Jawatankuasa Induk.

5.1.1 Untuk Pengguna
·         Masa PSS dibuka
·         Kemudahan yang disediakan
·         Pinjaman
·         Keselamatan bahan dan alatan
·         Disiplin dan lain-lain
·         Bahan yang boleh diguna dan dipinjam
·         Jadual dan masa penggunaan serta sistem meminjam bahan
·         Perkhidmatan khas

5.1.2 Untuk Bahan
·         Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan
ü  Biasanya menggunakan system Brown, iaitu dengan menggunakan kad untuk tujuan pinjaman dan pemulangan.
·         Bahan bukan buku
ü  Perlu ada sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan.Di samping itu, perlu juga disediakan satu sistem alatan.Di samping itu perlu juga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan-bahan bukan buku.

JADUAL PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

HARI PESEKOLAHAN

HARI
MASA




AHAD HINGGA KHAMIS
7.45 PAGI – 2.00 PTG

Murid-murid dibenarkan masuk dengan kebenaran guru mata pelajaran
Murid-murid dibenarkan masuk dengan kebenaran guru/ pengawas PSS


·         Pusat  Sumber  Sekolah,Bilik Tayang, Bilik ICT

5.2 PERATURAN KHUSUS

5.2.1 PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
            Peminjaman Buku.
v  Semua murid dikehendaki membeli 2 keping kad pinjaman untuk meminjam buku.
v  Buku atau majalah yang bertanda merah (Red Spot) hanya untuk kegunaan rujukan diperpustakaan sahaja dan tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan.
v  Murid-murid  yang hendak meminjam buku hendaklah menggunakan kad pinjaman sendiri.
v  Jumlah pinjaman buku adalah seperti berikut :

Bil
Peminjam
Bil.Buku (Buah)
Tempoh Pinjaman
1
Guru
4
7 hari
2
Kakitangan sekolah
4
7 hari
3
Pengawas pss
3
4 hari
4
Murid-murid
2
3 hari

v  Peminjaman dan pemulangan buku boleh dilakukan dari pukul 7.45 pagi hingga 2.15 petang
v  Semua buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
v  Buku pinjaman yang sama boleh diperbaharui hanya sekali sahaja jikalau tiada tempahan.
v  Buku yang hilang hendaklah diganti dengan buku yang baru atau diganti dengan menjelaskan bayaran harga buku tersebut.
v  Semua guru dan murid disarankan agar memulangkan buku lebih awal atau pada tarikh yang ditetapkan untuk mengelakkan denda.Kadar denda akan meningkat dari hari ke hari.

v  Kadar bayaran denda yang ditetapkan oleh pihak pengurusan pusat sumber sekolah adalah seperti berikut :
Hari
Kadar denda (RM)
1
0.10
2
0.20

v  Surat pemberitahuan Denda akan dikeluarkan oleh pihak pusat sumber sekolah setelah kelewatan melebihi 8 hari sebagai peringatan dan makluman.

5.3 (i) PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
            SEKOLAH

5.3.1 MASA PERKHIDMATAN
Ahad hingga Khamis          :           7.45 pagi – 2.00 petang
            Sabtu (bekerja)                     :           Tutup

5.3.2 PERATURAN UMUM
o   Kebersihan dan keceriaan pusat sumber sekolah adalah tanggungjawab bersama
o   Semua pelajar dilarang membuang sampah di mana jua tempat.Sila gunakan bakul sampah yang disediakan.
o   Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pelajar yang melakukan sebarang kerosakkan yang disengajakan dengan cara membayar ganti rugi.

5.3.3 PERATURAN BERPAKAIAN
o   Hanya murid yang beruniform lengkap sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan perpustakaan.

5.3.4 PERATURAN SEBELUM MASUK
o   Dilarang membawa makanan dan minuman dalam perpustakaan.
o   Dilarang membawa masuk beg sekolah dan buku rujukan.
o   Murid tidak dibenarkan masuk semasa waktu pengajaran tanpa pengawasan guru.
o   Berbaris sebelum masuk dan keluar perpustakaan.

5.3.5 PERATURAN SEMASA BERADA DI PERPUSTAKAAN.
o   Dilarang makan dan minum
o   Dilarang membuat bising
o   Dilarang merosakkan buku,majalah dan peralatan perpustakaan.
o   Dilarang mengambil / mengeluarkan buku dan majalah tanpa kebenaran.
o   Pelajar yang didapati mencuri / merosakkan buku, akan diambil tindakan disiplin.

5.3.6 PERATURAN TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN UNTUK PEMBELAJARAN
o   Tempahan hanya dibenarkan dilakukan oleh guru sahaja.
o   Guru hendaklah berada di pintu masuk bagi memastikan murid hanya membawa masuk alat tulis dan kertas catatan sebelum dan selepas menggunakan perpustakaan.
o   Guru hendaklah memastikan kawalan dalam perpustakaan terkawal dan murid tidak membuat bising.
o   Bagi murid yang menggunakan perpustakaan pada waktu akhir hendaklah memastikan murid tidak keluar dari perpustakaan sebelum doa dibacakan.

5.3 (ii) PERATURAN PENGGUNAAN BILIK TAYANG /   
            ASTRO
           
TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN
·         Persatuan / Kelab / Unit Beruniform / Guru / Kakitangan Sekolah / Pihak-pihak lain boleh membuat tempahan dengan mengisi buku rekod tempahan bilik tayangan / ASTRO.
·         Bilik tayang / ASTRO boleh juga ditempah untuk pameran, ceramah, bengkel, mesyuarat dan lain-lain yang melibatkan ramai peserta.
·         Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilik tayangan / ASTRO.Pastikan murid-murid beratur dan berkeadaan senyap sewaktu berjalan ke bilik tayangan / ASTRO dan kembali semula ke kelas.
·         Tempahan boleh dibuat oleh guru hanya SEMINGGU SEBELUM TARIKH penggunaan.

TEMPAHAN ALATAN
·         Semak dan maklum tentang alatan yang ingin digunakan dua hari sebelum penggunaan.
·         Jika terdapat sebarang kerosakan, sila lapor kepada Guru Bilik Tayang.

PENGGUNAAN ALATAN
·         Sila rekodkan jenis peralatan yang digunakan dalam bahagian CATATAN BUKU REKOD PENGGUNAAN.
·         Sebarang alatan bilik tayang tidak boleh dibawa keluar.
·         Tidak dibenarkan mengubah sebarang peralatan dari kedudukan asalnya.
·         Segala peralatan diselenggarakan sendiri oleh murid.Murid-murid hendaklah mematuhi cara penggunaan alatan.
·         Dapatkan bantuan guru tayang / ASTRO jika terdapat masalah semasa mengendalikan alatan.
·         Simpan semula peralatan di tempat asal selepas digunakan.


DISIPLIN SEMASA BERADA DALAM BILIK TAYANG /ASTRO
·         Murid-murid  dilarang makan dan minum semasa berada di bilik tayang / ASTRO.
·         Hanya buku dan alat tulis yang berkaitan sahaja boleh dibawa masuk ke bilik tayang / ASTRO.Barang-barang lain dan beg mestilah diletakkan di luar bilik tayang / ASTRO.
·         Pengguna diminta menyusun semula kerusi dan meja seperti susunan asal selepas menggunakannya.
·         Padamkan ‘white board” yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran sebelum keluar.
·         Tutup semua suis sama ada suis kipas, lampu, alatan elektrik dan lain-lain sebelum keluar.
·         Pastikan bilik tayang sentiasa bersih dan teratur semasa meninggalkannya.
·         Guru bertanggungjawab memantau perlakuan murid semasa proses pengajaran & pembelajaran.
·         Guru hendaklah memastikan murid keluar dari bilik tayang / ASTRO dengan selamat dan tidak mengambil sebarang alatan dari bilik tayang / ASTRO.
·         Murid dilarang masuk sebelum ketibaan guru dan dilarang menyentuh sebarang alatan kecuali dengan arahan guru.

5.3 (iii) PERATURAN PINJAMAN BAHAN BANTU
            MENGAJAR
·         Pinjaman bahan bantu mengajar hanya terhad kepada guru SKSJ sahaja.
·         Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diambil dan dipulangkan oleh guru sendiri
·         Urusan pinjaman / pemulangan hanya boleh dilakukan dengan guru / pengawas bilik BBM
·         Semua pinjaman / pemulangan mesti direkod dalam buku Rekod Pinjaman Guru dan disahkan oleh guru / pengawas bilik BBM
·         Bahan bantu mengajar hendaklah dipulangkan pada hari yang sama. Peminjam yang lewat memulangkan bahan pinjaman akan dikenakan denda mengikut kadar yang ditetapkan.
·         Pengguna hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan bahan pinjaman.Sebarang kerosakkan dan kehilangan bahan mesti diganti.
·         Laporkan kehilangan dan kerosakkan alat-alat yang digunakan kepada guru.
·         Bahan-bahan yang dikembalikan hendaklah diletakkan di tempat asalnya.
















No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012