SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JERTEH

INFO PSS

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber

Lokasi PSS
Pelan

Visi Pusat Sumber SKSJ
Pusat Sumber Sekolah Ke Arah Kecemerlangan Budaya Ilmu Menjelang 2015

Misi PSS 
Menyediakan satu tempat pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan ceria dengan koleksi bahan-bahan dan perkhidmatan pendidikan serta sebagai agen perubahan ke arah warga sekolah yang berilmu


Piagam PSS
1. Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi.
 2. Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera.
 3. Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukup untuk keperluan atau kegunaan pengguna.
 4. Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah.
 5. Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke    
     semasa.
 6. Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan, dan sentiasa peka kepada masalah pengguna.
 7. Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada pengguna.
 8. Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian 
     dan penggunaan maklumat secara sistematik.

Matlamat PSS
1.Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah
2.Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis,kreatif. Inovatif dan berdisiplin untuk 
   membantu membina sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang 
   berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan negara.
3.Membantu golongan murid yang berilmu, dinamis, kreatif, dan berdisplin untuk membantu   
   pembinaan sahsiah murid itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila   
   mereka tamat persekolahan.
4. Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan pendidikan sekolah-sekolah  
    luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar.


Objektif PSS
Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah :
1   Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar
2   Menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan PSS
3   Meningkatkan profesionalisme guru
4   Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5   Melatih pelajar berdikari menerusi informasi yang boleh dikesan di PSS
6   Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar


Fungsi dan Peranan PSS 

1   Suatu Tempat
v  Satu suasana pembelajaran yang selesa
2   Koleksi
v  Pusat perolehan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran
3   Perkhidmatan
v  Memberi kemudahan mendapat dan mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran.
4   Agen perubahan
v  Bergerak ke arah pengembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.
5   Pusat Ilmu
v  Tempat koleksi dan rujukan pelbagai bahan peralatan mengajar, membantu guru dan murid mendapatkan pengetahuan.

No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012